Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday : SATU HARI DUA WAJAH..# SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA BLOGGER


assalamualaikum..
salam lebaran..
salam kemerdekaan..




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Saturday, August 27, 2011

HARAPAN, DOA DAN CINTA DI BULAN RAMADHAN


assalamualaikum...

KATAKATA


dalam kesibukkan mengejar masa dan wang dunia,
hati jadi semakin rindu..

dalam kesibukkan melengkapkan amalan dan kewajipan puasa,
hati jadi semakin sayu..

dalam terpisah beribu batu,
hati kita tetap satu..

moga berkat kemulian ramadhan,
semoga dengan kesungguhan, keyakinan dan keinginan yang tak pernah padam,
Allah mengerti apa yang kita mahu..

kita akan terus berusaha
mencari apa yang tiada
menambah apa yang kurang
dan semoga Allah memberi kemudahan pada matlamat kita yang satu..
IAllah...
ALLAH MAHA MENGETAHUI..



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday : MELTING..

assalamualaikum...

when u sad and yor love send dis song for u.. it will make u smile n totally melt.. huhuhu..:) rite??




p/s:: eh3.. ter tak wordless plak..

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Tuesday, August 23, 2011

SEBAB BLOG INI TERBIAR.. T_T


assalamualaikum...

sudah beranjak ke hari 23 ramadhan kita arini...

dan bermakna jugak 23 hari ceq bekeja kat Parkson Ria tuh..

dan disebabkan itu juga, maka maaflah buat blog yang terbiar nie..

memang sangat tak sempat nak update entry yang best2 mahupun join contest2 or segmen2 lagi..

9.30am-10pm everyday, make me sick! kadang2 sampai kul 10.30 n mesti kadang2 kuar parkson tuh kul11.. gilorr.. T_T

lagi beberapa hari lagi raya bakal menjelma.. ramai giler yang shoping raya n macam2 ragam ada..

sila la bershoping awal2 yer.. banyak saiz baju da abes da nie..huhuhu..

seminggu je lagi.. weeehuu..

ckup lah nie..nnti update lagi..nak g keje nih..(nasib arini ley masuk lewat sket..hohoho)

selamat membeli belah..
selamat menghabiskan puase..
selamat berbuke puase nnti..
huhuhuhu..



*malas nak edit2 dah, tegoklah muke g keje seketoi tu ha.. hahaha..


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Friday, August 19, 2011

iras ke dengan Najwa Latif tuh??


assalamualaikum...


AMARAN!! ENTRY NIE TAK BERNIAT NAK ALAALA TUMPANG GLAMOR GITUUUWWWW..

astagfirullah...
mintak d jauhkan lah dari sifat2 yang huduh itu ya Allah..

akcelli..
kalo takde ramai yang bercakap2, entry nie tak kan wujud..
nie sampai kawankawan satu tempat keje, kawan bek sendiri pun cakap, abangabang n akakakak ipar pun mengakuinya..tetttttt...(hehehe..)
makanya, nak tnye jugak pendapat orang laen... same ker?? ade iras? part mane yang same? erm??



p/s::adik manis Najwa Latiff yang kecik dan comel nie sangatlah cun suaranya.. layan CintaMukaBuku ea.. (type kat youtube ea..)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Thursday, August 18, 2011

DI PENGHUJUNG ADA KETAKUTAN


assalamualaikum...

NUKILAN

bila masa beranjak menampakkan kita tua
hati makin terasa takut dengan penghujungnya

amalan yang ada tak pernah cukup untuk menemani di alam sana
ilmu yang dibawa takkan benderang cahaya peneman

diri masih bertatih mengikut segala suruhan
jiwa masih muda dalam melatih keinsafan
argh! ini semua alasan

berdiri dimuka bumi semakin tahun membilang
masih mencari seru yang katanya tak pernah datang
tapi bila waktu semakin menghimpit, ketakutan itu datang dan terus datang bertandang!




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Wednesday, August 17, 2011

MUSTAHILKAH PERTAMA DAN TERAKHIR


assalamualaikum..



kadangkadang yang terakhir tak kan faham cara yang pertama
kadangkadang yang terakhir tak kan pernah rasa ape perasaan yang pertama
kadangkadang yang terakhir tak pernah rasa ape itu tanggungjawab seperti mana yang pertama rasa
kadangkadang manja yang terakhir tak kan sama dengan manja yang pertama
kadangkadang cara otak yang terakhir berfikir tak sama dengan cara otak yang pertama berfikir
kadangkadang cara penyelesaian yang terakhir tak mungkin sama dengan cara penyelesaian yang pertama
dan..
kadangkadang cara terakhir dan pertama yang tak pernah sama membuat dunia ligat berputar mencari paksi keserasian alam maya..
tapi detak jantung tetap sama membawa maksud terakhir dan pertama mampu bersama selamanya..
segalanya mungkin...




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Tuesday, August 16, 2011

BERTUNANG TANPA IBUBAPA

assalamualaikum..

persoalan nie dah basi tapi mesti ramai yang stil tertanyatanya kan?
betol ker?
boley caye ker?
yedop mung?? (cakapcakap alaala terengganu celop..sekian~~)

jom dengar ape yang ustaz Azhar cakap tentang pekara nie.. cekidauuttt...






p/s:: hah? dah berape kali tunang dah anda sumer?? huhu...

BILA CINTA ADA

assalamualaikum..

esok cuti.. maka, sempat la menaip satu dua coretan rahsia hati.. huhu.. :)


NUKILAN

bila cinta ada,
kenangan suka kerap menjelma..

bila cinta ada,
rasa sayang bermaharajalela..

bila cinta ada,
kehilangan itu ketakutan..

bila cinta ada..
walau diam penuh terisi masa

bila cinta ada..
segala yang mustahil mudah dilaksana

bila cinta ada..
jauh jarak tidak terasa

bila cinta ada..
susah dan senang tanggung bersama

bila cinta ada..
keluarga utama dan dia seterusnya

bila cinta ada..
terkilan hati hanya seketika

bila cinta ada..
putaran dunia tidak terasa..

bila cinta ada..
hilang mudah memori luka

hm..

cinta itu buta?
benarkah?
atau memberi peluang dan ruang untuk lebih baek?
kalau benar sayang mengapa perlu kita hanya tahu menyalahkan?
tak layakkah kesalahan di maafkan?
tak mungkinkah manusia berubah?
fikir untuk kebaikkan..
fikir untuk masa hadapan..



renung2kan dan selamat beramalll...


Friday, August 12, 2011

DASAR LELAKI MURAH! sila pergi dari idup ku yerr..

assalamualaikum..


pergh..tajuk.. semat sih..
asyik perempuan jer kan org cakap murah..
nie ceq nak cakap plak.. LELAKI MURAH! huh!
watevaaaa..

baru balik keje dan sangat letih..
sangat la ramai orang shopping ha.. almaklumlah dah nak raye..
sume pun pakat mencari baju raya..
dan selaku part time promoter yang sangat dedikasi, maka berkejar2 lah mencari saiz baju kesana dan kesini..

nak tahu something?.. memang best jadi partime kat port orang ramai nie..
macam2 jenis orang kita boleh jumpa..
macam2 gelagat dan peel orang2 Malaysia nie..
yang best, memang okeylah..
tapi kalo yang tak best, kat situasi macam nie lah kita dapat belajar dan mengajar diri dengan sifat kesabaran..

dah mukadimah..
nie masuk pada point..

huh! (dengan nada yang agak nak mengamuk..eh! tadi kata sabar..)

perasaan menyampah dan menyumpah seranah orang akan wujud bila ada manusia(eh!manusia ker?) yang macam hape lagi duk wat ayat2, muke2, lenggok2 dan lawak2 mengoda serta lucah!..eiiiuuwwww..

nak beli barang wat care nak beli barang.. tak payah nak mengataiiii ha.. adoiii.. agak2 la weii.. tak kan sampai nak lawak2 lucah kut.. ceq nie kan mude lagi..tak ley dengar lawak2 yg cam haremmmm tuh.. 18thn kebawah jer i nie..

yang menggoda tuh yg tak thn tuh..
aiyarkkk.. dah la tue.. siap ber abang lagih..
haiyaa.. lumah kata pigi, kubor kata mali pun mau goda2 sama olang ka? memang talak otak punya olang..

customer is always rite.. iyelah tuh..betol la sangat..

fine..
tu karenah pelanggan..
nie kalo masuk part pekeje sendiri yang duk menggatai..
gedik tahu tak?
menyampah..
agak2 la nak melawak..dan agak2 la kalo nak mengayat sekalipun..
sikit2 sudah..
nie wat sampai i rase tak nak keje dah ape citer bro??
sikit2 sudah..
kalo muka tahap si awal shaari tu pun, i akan fikir sejuta kali yer..
da la perangai laknatullah..(pi sembahyang tu duluh..bukan time smbahyang jumaat jer hilang ha..tetttttt)
usha orang mata stim jer..(kalo pmpuan cun n sexy..lagi la melampau pandangannyer..)
posa ok! posa!

aduh..
termengamuk dah arini..
hilang sabaq sat..
hurm..

astafirullahallazimm..
banyak dah pahala kat orang2 yang terkene tempias tu ha..
free2 ja..
dah lah.. cukuplah sampai disini..
sekadar nak berkongsi dengan rakan2 tentang ragam dan realiti manusia duniawi pada dekad ini..
chanchinchauuu..sambil senyumm..(walaupun angin tengah tak bape okey..)






SENTIASA ADA UNTUKKU..


assalamualaikum..


hati sentiasa merasakan
telinga sentiasa mendengar
mata sentiasa melihat
kasih itu..
cinta itu..
sayang itu..

berpenghujung? mungkin tidak..
berakhir? tak kan sesekali..
tamat? harap dijauhkan..

aku tetap berdiri kukuh dengan apa yang aku mahu..
aku tetap berdiri tegar dengan kehendakku..
aku tetap akan berdoa untuk setiap keinginanku..
kerna aku tahu Allah ada untuk mendengar setiap butir bicara tuturku juga mendengar luahan isi hatiku..





_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Thursday, August 11, 2011

KATA HADIS:: MANUSIA AKAN LENYAP 2/3 DARI BUMI

assalamualaikum...

Allahuakbarr!

ce bace petikan nie.. wajib bace..
ceq copy dari laman facebook seorang rakan..

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


benarkah hadis ini?
tolong sebarkan dan tanya2kan kepada yang pakar2..
dan kepada blogger yang pernah terbaca dan mendengar tentang hadis nie, kongsilah dengan rakan2 blogger yang lain am nya dan kongsi dengan ceq khususnya....


p/s:: takut..



BILA MOOD OKEY JER....

assalamualaikum..

erm.. bila mood okeyyy jer makanya, no sajak majak la untuk 2 3 menjak nie.. almaklumlah..
mood2 bersajak nie selalu time2 tacing..moody dan segala bagai yang seangkatan dengannya...
tapi sekarang nie sibuk dengan keje makanya mood tacing2 tak sempat menjengah pun ke dasar hati..
dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sangat baek dan sangat okey..
dan mungkin bulan ramadan yang mulia nie telah membawa sejuta rahmat ke dalam kehidupan ceq sekarang nie..

titipan ringkas jelah kali nie yer..

kepada keluargaku keluarganya,dia dan sahabat2::

terlalu banyak yang dah dilalui bersama..
dan masa beranjak senja..
membawa seribu kenangan dan memori suka dan duka
di atas bumi Allah yang fana..
dan waktu mengubah kita, menjadi insan yang lebih berguna..
membawa kita ke satu tempat yang dinamakan pembaharuan untuk menbuat kita merasa beza baru dan lama..
dan membuat kita dapat menilai siapa diri kita dulu dan kini..
dan membuat kita sedar bertapa kita perlu bersyukur dengan segalanya..


*pic:: ihsan dari en.Google (cantek giler kan??)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday : SAAT JADI GADIS D SEBALIK TABIR





p/s::bnyak pengalaman n pengajaran yg dapat.. alhamdulillah..ilmu tuh ilmu! :)


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Monday, August 8, 2011

takmo TUNANG sebab takut PUTUS TUNANG...


assalamualaikum..

bila tiba satu peringkat...

en B :: boley antar rombongan meminang dalam waktu terdekat nie?

cik S :: wah.. benarbenar serius nampaknya..

en B :: yela.. ingat main-main ker?

cik S :: kalo tak mainmain pun kene fikir jugak 2 3 kali nie.. bila dengar 2 3 orang retis yang putus tunang nie, takut plak untuk bertunang..bertunang bagai ha.. siap ada tema2 lagi tuh, skali tak smpai beberapa purnama dah putus.. takut la jadi camtu jugak..hm..

en B :: ape2 pun kan atas diri kita sendiri kan..

cik S :: yela.. tapi dugaannya bertambahtambah bila dah bergelar tunangan orang nie..cuak la.. seram.. lebih takut kalo kehilangan kamu..

en B :: so tak nak la nie ea?

cik S :: nak la.. tapi masanya belum tiba dan tak sesuai lagi.. pe kata kita kawen je trus?? so takde la putus-putus cam tettttttttt dan tetttttttttt tuh.. okey tak idea tuh??

en B :: yela2.. kawen jelah..

cik S :: yea! hahahhaa..suke3.. gedikkkzzz gtuwweeee...





hah... sape yang berada dalam situasi camni sekarang?
niat nak terikat tuh dah ada, cuma bila dengar gembargembur fsal artis2 kat malaysia yang tak putusputus putus tunang nie, cuak plak nak melangkah setapak kehadapan??
ape kata anda?
adakah situasi sekarang membantutkan planning anda??

PEKARA2 YANG AKAN MEMBUATKAN BLOG ANDA DI CLICK MASUK DAN CLICK CANCEL DALAM MASA 5 SAAT SAHAJA

assalamualaikum..

dah ramai blogger2 yang berkata dan menegur tentang pekara nie.. tapi mungkin ada yang tak terbaca mahupun tak terperasan mahupun konsep belog nyer adalah "blog gua suka ati gua"..

bagi yang memang berbelog untuk meluahkan rasa hati untuk diri sendiri bace sahaje, konsep di atas diterima, tapi bagi blogger yang memang berniat untuk menulis dan berkongsi rasa hati dengan orang lain, sila ambil sedikit perhatian..

perghh.. panjang betul mukadimahnyer ha..

akceli nak cakap sal PEKARA2 YANG AKAN MEMBUATKAN BLOG ANDA DI CLICK MASUK DAN CLICK CANCEL DALAM MASA 5 SAAT SAHAJA..(maksudnya, entry anda tidak akan d baca pun dan besar kemungkinan, tidak kan di kunjungi lagi oleh blogger yang click td tuh..)


1. FONT TULISAN TAK SESUAI

almaklumlah akak nie dah tue dik nonn.. so kadang2 tulisan yang terlampau kecik dan terlampau berbunga dan membuatkan mata berpinar, akan memnyebabkn ceq berfikir 2 3 kali untuk meneruskan pembacaan.. kalo yang CAPS LOCK semue perkataan tu pun masalah jugak tuh.. daya tarikan untuk membaca automatik akan berkurang..(entry tuh rase entry mengamuk jer..)


2. LAMBAT GILER LOADING

nie mungkin masalah line la kan.. biase la pade yang gune brdband memang akan ade prob nie punye.. tapi kalo pkai strmyx pun lambat jugak, mesti blog terlalu berat..antara sebab2 blog berat adalah terlalu bnyak gejet..terlalu banyak pic dan terlalu banyak sampinganlah kesimpulannya..


3. BACKGROUND TAK SESUAI

mean mungkin gelap sangat sampai tak bley bace tulisan atau mungkin cerah giler sampai menyakitkan mate yang duk membace nie.. mungkin entri pertame akan d bace, tapi yang seterus2nya mungkin bila dah takde keje baru la rase nak membace..


4. LAGU KAT BLOG

yang nie memang ramai giler yang ade.. terutama blogger2 baru..memang la sedap dengar lagu sambil2 bace nie, tapi fikirkanlah blogger2 yang suke wat blogwalking nie, sekali bukak mesti bertab2 ha.. kadang2 sampai 10blog skaligus.. kalo semue ade lagu maknanya 10 lagu la kena dengar.. aduii.. serabut ooo.. makanya untuk keselesaan, mungkin tak payah la kut part lagu tuh..


5. CURSOR YANG TAK SESUAI

punye la ekcited nak cantikkan blog kan, luaran memang cunnn.. tapi bila nak click mak aiii, asyik tersasar jer.. jujur yer ceq penah la nak tinggalkan commnt kat entry seorang blogger nie, tapi cursor die yang berwarna warni dan cantik tuh, tak kene pada tempatnyer, bila kebawah sikit baru la link tuh berwarna warni mean memang tak menunjukkan d tempat yang betul, makanya bile asyik click tak bolehboleh, truslah click cancel dalam keadaan yg bebai..





tu jelah wat mase nie.. ceq pun blogger baru.. baru berape jer bilangan follower tu ha.. tetapi dari senarai tuh, ramai blogger2 baru.. dulu pun ceq penah d tegur.. makanya rasa bertanggungjawab jugak untuk sama2 menegur..maaflah kepada semua, sekadar berkongsi ape yang selalu d lakukan.. kita berbelog untuk berkongsi bersama pembaca kan.. so keselesaan pembaca tuh kita utamakan.. ke takk?? heee...

Friday, August 5, 2011

lantak pi kat hampa la kalo nak sentap!

assalamualaikum..

wawawesss.. tajuk hentri harini.. terbaek dari ladang...

firstly nak bagi warning dulu sebelum korang sume bace entri nie..
ini memang ada kaitan antara hidup dan mati insan yang bernama manusia..
tapi ia tidak lah merujuk kepada individu2 tertentu..
pendapat yang dititipkan ini adalah untuk peringatan bersama.. terutama memperingatkan pada diri sendirilah yg banyak sebenarnya..

gini ceritanya..

dalam satu organisasi yang besor, dengan bilangan 80% melayu yang beragama islam n berpuasa, tapi dalam surau tak sampai 10% pun yang melakukan ibadahnya..
mane pegi dek nonnn..
tak kan puasa tapi tak sembahyang kut..ke sumer uzur?? (jeng..jeng..jeng..)
yang lelaki tuh camner plak?? time sembahyang jumaat jer baru la nampak kuar nak g sembahyang, time2 lain, besuka suki jer tanpa nestapa..

tak gune gak kalo puase tapi yang rukun islam kedua iaitu sembahyang tuh tak d buat..
keje memang la keje..
tapi kalo kemudahan dah d sediakan, surau ada.. time nak sembahyang d beri kelonggaran.. gune la! alasan kunun nak balik qado..(wat ker?? )
hurm.. kalo wat pun, cube fikir balik, betul ker care tuh? (renung2kan dan selamat beramal)

satu lagi..
laki nie kalo nak carik bini, dieorg carik yang solat.. sebab pe nanti terdidik anak2..(ayat abg line leader kilang ceq dulu..)
haaaaa.. kannn..
so kalo muke tahap cun gile ala2 lisa surihani tu pun, kalo sembahyang tuh pun liat bebenor nak wat, tak gune juga..
fikir la adik2 manis ui..

kata ustazah.. makanan rohani kene jugak kita bagi.. jangan jasad jer duk bagi makan ha..
so, solat tuh salah satu darinyer..
nie tak, time berbuke, kelam kabut carik kurma, tapi time solat, ilang entah kemana.. aiyarkk..

ceq nie pun, bukan lah org yang sempurna, kadang2 diri nie pun menjadi alpa.. liat bebenor ha.. tapi solat kan tiang agama.. kalo tiang tuh tak di perkukuhkan takut senang runtuh bila badai melanda..
i really try my best tuk menjadi manusia yang lebih baek..
doakandoakan yer sahabat blogger sekalian..

yang baek itu dari Allah,
yang salah itu dari diri ceq yang serba kekurangan nie..
samasama la kita memperingatkan d antara satu sama lain..



Thursday, August 4, 2011

tentang wanita terbaik


assalamualaikum...


Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik :)

Dia menjawab :Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


renungrenungkan dan selamat beramal~~~

Tuesday, August 2, 2011

sujudlah - cinta Dia

assalamualaikum..


Dia jadikan aku dengan cinta
Dia jadikan aku dengan sempurna
Dia ciptakan aku dengan penuh keindahan
Dia ciptakan aku dengan sejernihjernih insan

aku perlu sedar akan keistimewaan
aku perlu ingat pada keunikan

agar aku bersyukur dengan penciptaan
agar aku tak lupa janji pada tuhan
agar aku sedar akan kesilapan
agar aku tunduk dan patuh pada arahan
agar aku sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian

dan hari ini aku sedar Dia yang memberikan kesenangan
dan hari ini juga ku sedar Dia yang memberikan ujian
supaya hari esok diriku makin tegar dalam meniti waktu sebagai seorang insan yang lahir ke dunia yang penuh dengan godaan dan dugaan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...