Sunday, January 22, 2012

BILA APE YANG DI KATA TAK SAMA DENGAN APA YANG ADA DIHATI SEBENARNYA..

assalamualaikum...


panjangkan tajuk hari ini..

mungkin tak ramai pun yang membaca blog buruk nie..
tapi kalau ada yang terbaca, terima kasih tak terhingga..

blog nie hanya untuk luahan rasa peribadi..
akan mesti ada katakata yang kalian para pembaca tak boleh terima,
mungkin sedikit melampau dan kononnya berpurapura,
tapi ketahuilah bahawa ianya dari hati..

ceq sentiasa ingin hidup dalam keadaan rasa yang sangat bahagia..
keinginan insan di dunia bukan?
mungkin penyakit suka membaca novel membuatkan kadang2 terbawabawa di alam nyata..
kadangkadang berharap kesakitan akan dibalas dengan kebahgiaan yang melampaulampau..
(pengemar novel pasti memahaminya bukan?)

dan hari ini, ceq telah katakan sesuatu.. sesuatu yang ceq tak maksudkan..
dengan harapan berharap akan ada sinar terang selepasnya..
tapi ceq silap percaturan..
rupanya ceq akan hanya rasa mendung dan hujan yang tak berkesudahan..

kalau anda di tempat ceq apa rasa anda?
menyesal?
atau rasa sangat bodoh?

kenapa perlu berkata sesuatu yang bukan kehendak hati?
kenapa mahu menguji?

di sini salah ceq hari ini..
ada hati di bawa lari..

tak mengapalah, pekara sudah pun terjadi..
ceq akan menunggu sinarannya..

jika ada.. pasti akan tetap bersinar.. Allah sayangkan umatnya yang sabar bukan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...