Thursday, August 2, 2012

bunga.burung.bawa bahagia

salam..


rindu pada blog katanya..
berabad tak menulis..
lama tak membuka mata pena..
eh! zaman mata pena dah lama berakhir..
sekarang menaip baru kena cara..

rindu pada bunga kata mereka..
ish! anakanak muda..
nurin n nisah..
gadisgadis eh! mereka sudah dewasa..kikkikiki
bunga itu lambang cinta mereka..
tak pernah lelah dan jemu mereka menunggu..
kerna bunga bawa bahgia..
walau tunggu itu derita tapi mereka percaya episod duka akan berganti suka..
oh bunga! 
bawakan sayangsayangku itu bahagia..
bawakan sayangsayangku itu cinta..
bawakan mereka air mata gembira..


tenang melihat bunga..
aku juga doa burungku bawa bahagia seperti bunga
bukan derita..
sakit semalam masih ada parut..
tapi tak perlu terus merenung pada parut pedih luka semalam kan?
Allah temukan dengan burung..
terbang membawa cintanya..
aku sambut setelah hatiku benarbenar bersedia
setelah hatiku benarbenar dapat memaafkan kesilapan dan kesalahan lama..
yang aku janji tak kan ulangi..
tak kan ada luka lagi..




cinta kononnya sampai mati
cinta kononnya takkan menyakiti
ah! dusta belaka
jika tak rasa sakit bukan cinta kata nurin!
jika tak rasa luka bukan cinta kata nisah!
rasa derita baru rasa kuatnya cinta
jangan terlalu sakit dan kecewa sampai segalanya musnah
hargai kebaikan dia, cintai kelemahan dia, terima dia apa adanya
manusia tidak sempurna..

sabar ya sayangsayangku..
mungkin kukuhnya hubungan kamu, buat Allah ingin menduga..
jika benar cinta untuk perkahwinan , biar onak dan badai..
jodoh tetap akan di situ


doaku agar kita sentiasa tabah..
doaku agar segala kesakitan setiap seorang antara kita berlalu..
aku bahagia..
amat bahagia setelah lama kecewa..
maka, aku juga mahu kamu berdua bahagia..
seperti aku..seperti bunga..seperti burung..


p/s:: i love u more 

2 comments:

Anum said...

indahnya

neisia J korsia said...

sakit itu indah..
membiarkan diri bergelumang sakit pilihan hati..
hati yang mahu sakit..
bilamana BUNGA JANE hampir kesisi
membisikkan cinta dan rindu...
kerna sakit itu indah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...