Saturday, June 18, 2011

UNTUK WANITA2..INI RAHSIA KITA YA!

assalamualaikum..

sebelum tuh ingin ceq memohon jutaan maaf kepada yg membace entry nie tadi.. tak sempat abes type lg die dah post! hantu penye lappy.. kuangg ajorr! hahaha..
nie yg da siap punye..



ape2 pun, awal2 nak crdit kpada TUAN PUNYA BLOG nie, sbb bagi idea.. :)

wah..wah..wah..
arini kita men rahsia2 plak..
so para wanita..
jom kita tengok PERSONALITI IDAMAN SETIAP LELAKI..

1. AGAMA ITU UTAMA
-alhamdulillah.. kalo dapat lelaki yang menganggap agama wanita itu adalah keutamaan, bersyukurlah.. dia memang kategori seorang lelaki yang baik.. tapi untuk menjadi seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama. kita kenalah berusaha!(bg yg mcm ceq nie la..) tapi ketahuilah, lelaki memang akan pandang pada agama wanita sebelum berkahwin!

2. CANTIK!
- nie masalah nie.. kalo cun macam scha alyahya tuh takpe la kan.. haishh! akcelli.. takdenyer lelaki demand sampai tahap scha tu ha.. mereka cari yang sedap mata memandang je sebenarnyer kalo secara fizikalnyer.. yang lebih mereka utamakan adalah kecantikan dalaman cntoh cam penyayang, pandai membawa diri n laen2lah ..yelah.. nak hidup bersama sampai ke akhir hayat.. kalo harap muke je cantik nak wat ape??

3. BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI
-kalo perempuan tuh berdikari mesti lelaki yang tengok akan bagi bonus mark.. perempuan yg pandai berdikari nie selalunya dapat berfikir dengan rasional, so kalo ada masalah atau dugaan yg datang, perempuan ini tidak akan mudah melatah..lelaki nie memang la suka wanita yang bergantung tapi takde la mengade sangat ha.. sikit2 carik lelaki.. rimas la jugak kan.. so kalo pndai berdikari nie, sekurangnya2 dapat la di banggakan bila bercerita pada teman2..

4. PEMBERI SEMANGAT
- dikala lemah dan hilang keyakinan, bila ada seorang pemberi semagat tegar n penyokong kuat, mesti lelaki bertambah sayang.. dan wanita yang baik adalah wanita yang sentisa berada disisi ketika susah dan senang..

5. HORMAT
- hormat bukan bermakna takut dan tak boleh kata ape2. tapi perlulah berhemah dalam bersuara.. lelaki juga suka kalo wanita memberi pendapat dan usul namun perlulah kena pada caranya.. jangan men tujah2 jer suke2 hati..hormati dia sebagai seorang pemimpin.

6. BILA PERLU DIAM DAN BILA PERLU BERSUARA
-ada pekara-pekara yang tak boleh di kongsikan pada orang lain. so jangan la duk cerite hal2 dalam-dalaman rumah tangga kepada org lain.. hal kita, kita settel diam2. lelaki lebih senang dengan cara macam nie.. tak perlu di hebohkan sekiranya masalah mendatang.. cool n bertindak dengan bijak..

7. BUKAN METERIALISTIK
- sape suke pompuan meterialistik oii? orang yang berkemampuan pun nak carik bini yang bukan mata duitan..kalo tak, mmg menghabiskan boraihhh aje.. seorang wanita yang baik akan mencintai pasangannya bukan berdasarkan paras rupa dan wang ringgit..perempuan yang suka bersederhana lebih menjadi pilihan sebab mesti tak demand macam2.. :)

8. SETIA
- kalo becakap fasal setia nie, lelaki atau perempuan memang mencari pasangan yang setia kan.. kalo tak tunggang langgang la hubungan ha.. so, pastikan diri anda seorg yang setia sebab kalo hengkau tak setia terimalah padah kalo pasangan kowang pun same haje...huhu.. tapi seorang wanita yang setia walau dalam keadaan apa pun, mesti pasangan akan sangat sayang.. setia walaupun berjuta dugaan bertandang.. :)

9. MENERIMA LELAKI SEADANYA
- terimalah seseorang itu dengan apa adanya.. maksudnya, terima dia seperti apa yang diri dia sekarang.. tak perlu la bnyak sangat komplen, ini tak suka, itu tak best, tak romantik, garang nak mati.. semue tu tak penting.. kalo rase ade yang tak kene berbincang secara berhemah bukan nyer merungut pada orang lain, n selalu bising2..lelaki tak suke pmpuan banyak songeh!

10. MENERIMA ORANG2 D SISI
- kalo terima lelaki tersebut bermakna kita kena bersedia untuk menerima orang2 disekelilingnya.. contohnya parent, keluarga, kawan2 dan sape2 jelah yang die kenal.. bersedia untuk berdepan dengan orang2 terdekatnya n pandai2 la bawak diri..

itu sahaja...
takde la susah sangat kan..
tapi,
bukan mudah untuk menjadi seorang wanita dambaan lelaki..
bukan mudah nak jadi sempurna dimata mereka..
tetapi lelaki bukanlah secompicated diri kita..
mereka cuma dambakan seorang wanita yang mampu menjaga mereka dan membawa rumah tangga ke arah bahagia..
(aicehhh.... post dewasa gituww.. hehehe)

5 comments:

Ly_Tulip said...

ni baru btol entri...hehehe ;p

~syue~ said...

mintak2 la sume tu ad kt saye..ecehh haha :)

Eera Shera said...

setuju ngan semua ciri2 ni..hehe.. dah follow cni!salam kenal.... *peace*

Adzriel @ Liza AB said...

setuju sgt

CikMiMiey said...

ouhh , shuke3 .. dpt tau rahsia wanita..huhu.

nak berusahe jadik wanita menawan lah pas nih ! ecece ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...