Tuesday, February 21, 2012

JANGAN DI TANYA SOAL HATI LAGI :-)

assalamualaikum..



sudahsudah lah manusia bercakap soal hati..
penat sudah lidah menjawab soalansoalan berkaitan hati..
hati tak kan pernah kosong kalau setiap hari di isi..
jadi tak perlu risaulah..
hati tenang setenang-tenangnya kini..
malah lebih baik dari dulu..

dan setiap apa yang berlaku itu ada hikmah..

bermula mungkin susah,
tapi jika kita dewasa, tentukan hala hidup cara dewasa..(ya, diri ini sedar, mulanya macam anakanak kecil yang hilang cinta..bodoh! merayu cinta yang telah tiada..)
guna cara manusia matang yang ingin berubah
sesalkan dosa lalu tapi bukan kenangi detik dosa itu..(ya, aku terlalu banyak dosa dulu! ya! aku tahu itu!)

lepaskan semuanya pergi,
mengadu sakitnya, peritnya, masalahnya, susahnya pada yang memberi sakit..
ya! Dia.. pemilik diri ini! Allah s.w.t
sesama manusia boleh ringankan beban pemasalah hati
tapi pemilik diri, mampu buat hati kuat dan tiada resah sepenuhnya..
tak percaya?? cubalah!

hatiku ini tak pernah menyesal dengan siapa mereka dulu, dulu dan dulu..
setiap satu dah banyak mengajar diri ini tentang hidup, kepercayaan,kesetiaan, ketulusan, dan apa itu cinta..
hatiku ini tak pernah kesal dengan setiap satu antaranya, kerna setiap satunya ada matlamat yang berbeza dan tak pernah sama..
hatiku ini tak pernah kesal dengan aturanNya kerana mungkin dengan cara ini, hati ini akan lebih sedar dan kukuh tentang siapa sebenarnya yang patut kukuh di persada Cinta..

dan dalam detik waktu ini,
hati ini hanya merasa rugi kerna terlewat menjumpai satusatunya yang sentiasa ada di sisi..
tapi kehadirannya hanya dalam diri tapi tidak lekat pada hati..
ah! rugi!.. kenapa perlu bila sakit begini baru sedar diri!
ya! hati ini jadi bodoh lagi!

tapi masih belum terlambat..
kekasih hati masih terus menanti untuk terus memberi..
Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

:-)


p.s:: dengan siapa kita dulu dan dengan siapa kita sekarang adalah aturan Allah..siapa di depan kita sekarang adalah siapa yang akan mengajar kita tentang kehidupan waktu ini..yang akan terus mendewasakan kita..tak perlu menunggu pun sebenarnya, kerna Allah lebih tahu siapa yang telah Dia tetapkan untuk menjadi meneman hati.. dan sepatutnya tak perlu terus mengharap, kerna mengharap itu akan membuat kita rugi.. mengapa perlu kosongkan hati dan rasa sendiri kalau Allah tetap ada di sisi.. fikirlah..

1 comment:

Anum said...

serahkan semua pada nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...