Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Monday, November 28, 2011

CINTA BUKAN UNTUK DI MILIKI?? hmmm...

assalamualaikum...


tibatiba terkenangkan lagu DADALI
ape tajuknyer..
ermmm..
DISAAT AKU MENCINTAIMU...
(mls nak upload vedio coz nnti lambat.. nyahahaha.. so, google sndirik ea..)

mungkin bukan untuk sapesape,
tapi untuk diri sendiri, ker untuk diri ini?? ermmm..
cam lagu ni wat diri sendiri rase bersalah jer..
terase la plak..
hahahahhaa..(perasannnnnnnnnnnn)


cerite seterusnya takde kenemengena dengan hidup dan mati sesiapapun.. :P

well...
ada ketikanya bercinta bukan untuk memiliki rite?
so mungkin ada cintacinta yang perlu untuk dilepaskan..



untunglah kalo first love dah sampai je jinjang pelamin n akhir hayat..
tapi susah nak dapatkan yg tu..
sebab nak jmpa yang satu tuh, bukan mudah..
sayang memang la sayang..
tapi lebih baik meninggalkan sesuatu untuk kebaikkan kalo kita tahu segalanya akan lebih baik bila kita meninggalkan dia..



tinggalkan aku jika itu lebih baik buat aku dan kamu..
lepaskan aku andai dengan wujudnya aku hanya akan merosakkan cinta suci..
landaskan cinta kita pada pegangan yg satu..
cintai aku kerana Allah..

perghhhhh...
kadangkadang bile berfikir dengan iman yang setipis bawang nie pun, menjadi jugak yer ayat2 kat ats nie..
ade lagi kesedaran nampaknye nie, alhamdulillah..


apeapepun, ini muhasabah diri buat hati..
hati sendiri ker?? tettttttttt... hehehee..
tadi kate takde kene mengena.. huhuhu..

dah la..
as a conclusion,

tanamlah rasa cinta kerna Allah.. dan dengan takdir Allah juga cinta akan bersatu..
dengan yang mana satu? Allah jua yang tahu...












p/s:: untuk adik MassiZ yg suh update blog... nah! akak dah update da pun.. hehehe.. :)

Tuesday, October 18, 2011

bila rasa di cintai


indahnya bila diri di cintai
walau jauh beribu batu
aku tahu! kamu tetap di sisi...



p/s:: i mis my bapak,mama, anis, apit, k.ngah n my b a lot!
mood:: sangat letih dengan asgment, meeting n test..adoiyaii..

Wednesday, August 17, 2011

MUSTAHILKAH PERTAMA DAN TERAKHIR


assalamualaikum..



kadangkadang yang terakhir tak kan faham cara yang pertama
kadangkadang yang terakhir tak kan pernah rasa ape perasaan yang pertama
kadangkadang yang terakhir tak pernah rasa ape itu tanggungjawab seperti mana yang pertama rasa
kadangkadang manja yang terakhir tak kan sama dengan manja yang pertama
kadangkadang cara otak yang terakhir berfikir tak sama dengan cara otak yang pertama berfikir
kadangkadang cara penyelesaian yang terakhir tak mungkin sama dengan cara penyelesaian yang pertama
dan..
kadangkadang cara terakhir dan pertama yang tak pernah sama membuat dunia ligat berputar mencari paksi keserasian alam maya..
tapi detak jantung tetap sama membawa maksud terakhir dan pertama mampu bersama selamanya..
segalanya mungkin...




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Tuesday, August 16, 2011

BILA CINTA ADA

assalamualaikum..

esok cuti.. maka, sempat la menaip satu dua coretan rahsia hati.. huhu.. :)


NUKILAN

bila cinta ada,
kenangan suka kerap menjelma..

bila cinta ada,
rasa sayang bermaharajalela..

bila cinta ada,
kehilangan itu ketakutan..

bila cinta ada..
walau diam penuh terisi masa

bila cinta ada..
segala yang mustahil mudah dilaksana

bila cinta ada..
jauh jarak tidak terasa

bila cinta ada..
susah dan senang tanggung bersama

bila cinta ada..
keluarga utama dan dia seterusnya

bila cinta ada..
terkilan hati hanya seketika

bila cinta ada..
putaran dunia tidak terasa..

bila cinta ada..
hilang mudah memori luka

hm..

cinta itu buta?
benarkah?
atau memberi peluang dan ruang untuk lebih baek?
kalau benar sayang mengapa perlu kita hanya tahu menyalahkan?
tak layakkah kesalahan di maafkan?
tak mungkinkah manusia berubah?
fikir untuk kebaikkan..
fikir untuk masa hadapan..



renung2kan dan selamat beramalll...


Friday, August 12, 2011

SENTIASA ADA UNTUKKU..


assalamualaikum..


hati sentiasa merasakan
telinga sentiasa mendengar
mata sentiasa melihat
kasih itu..
cinta itu..
sayang itu..

berpenghujung? mungkin tidak..
berakhir? tak kan sesekali..
tamat? harap dijauhkan..

aku tetap berdiri kukuh dengan apa yang aku mahu..
aku tetap berdiri tegar dengan kehendakku..
aku tetap akan berdoa untuk setiap keinginanku..
kerna aku tahu Allah ada untuk mendengar setiap butir bicara tuturku juga mendengar luahan isi hatiku..





_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

Tuesday, August 2, 2011

sujudlah - cinta Dia

assalamualaikum..


Dia jadikan aku dengan cinta
Dia jadikan aku dengan sempurna
Dia ciptakan aku dengan penuh keindahan
Dia ciptakan aku dengan sejernihjernih insan

aku perlu sedar akan keistimewaan
aku perlu ingat pada keunikan

agar aku bersyukur dengan penciptaan
agar aku tak lupa janji pada tuhan
agar aku sedar akan kesilapan
agar aku tunduk dan patuh pada arahan
agar aku sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian

dan hari ini aku sedar Dia yang memberikan kesenangan
dan hari ini juga ku sedar Dia yang memberikan ujian
supaya hari esok diriku makin tegar dalam meniti waktu sebagai seorang insan yang lahir ke dunia yang penuh dengan godaan dan dugaan..



Sunday, July 31, 2011

NUKILAN:: memori ramadhan d KMPh dulu kala

assalamualaikum...

ingat lagi pada kisah satu ramadhan?
ketika pertama kalinya menjadi makmum terawih di suatu tempat persinggahan dahulu..

ingat lagi kisah ramadhan itu?
setiap detik dan waktu kita habiskan dengan mendekati-Nya..

ingat lagi waktu itu?
moreh sentiasa ada buat setiap satu antara kita..

ingat lagi masa itu?
bersesak-sesak ke bazar dikala sore senja..

ingat lagi detik itu?
20 ramadhan menjadi penutup kisah kita..

ingat lagi cerita dulu?
ketika kita masih menjadi muda mudi menyambut puasa jauh dari keluarga tercinta..

dan detik waktu terus berlalu, meninggalkan kita satu persatu
namun kenangan itu tak kan mampu luput dalam ingatanku..
kala menyelak helaian muka yang baru dengan senyuman seribu..
yang dulu tetap ada sebagai tanda kita ada disitu..


*memori menyambut ramadhan dalam kenangan d KMPh dahulu kala..

p/s:: salam ramadhan buat semua..
kemaafan d pinta n segala kesalahan harap d maafi.. semoga ramadhan kali nie memberi berjuta rahmat dan keberkatan buat kita semua.. :)

Thursday, July 28, 2011

auch!

assalamualaikum..

auch!
suara itu.. suara yang kurindu..
tawa itu.. tawa yang sering membuat hati berlagu rindu..
pujukan itu.. pujukan yang sentiasa membawa aku terbang membelah angkasa..
rayuan itu.. sentiasa membuat aku senyum smpai ke telinga..
kasih dia.. aku sentiasa rasa..
sayang dia.. aku masih dapat menghidu baunya..
cinta dia.. tetap ada untuk aku sampai akhirnya..
percaya?.. detak jantung di dada, kita sendiri rasa..


Sunday, July 24, 2011

dan bukan hanya cinta..


assalamualaikum..

nukilan dari hati..

jika cinta itu buta,
khabarkan pada dunia..
jika cinta itu mati,
ceritakan untuk sehari..

kerna bagiku..
cinta tak pernah buta jika manusia tak membutakan
dan
cinta tak pernah mati jika manusia tidak mematikan..

dan bukan hanya cinta tapi juga kehidupan..

segalanya atas kita, manusia
manusia punya akal dan minda.
berfikir dan bertindak atas kemahuan dan kehendak..
langkah percaturan kita tetapkan..

natijahnya,
manusia akan rasa..
manusia akan dengar..
manusia akan akur dengan apa yang ada didepan..

biar langkah kita pincang, asal berani untuk memperjuangkan apa yang kita mahukan..
dan Allah sentiasa ada n akan memberikan apa yang terbaik untuk setiap hambanya..
:)

Friday, July 22, 2011

itu adalah cinta..

assalamualaikum..

dan bila cinta itu ada..
jagalah ia..

dan bila cinta itu telah pergi..
jangan d sesali..

cinta itu anugerah..
cinta itu ada hikmah..
cinta itu pengorbanan..
cinta itu keikhlasan..

menerima itu konsep cinta..
mempercayai itu sentiasa ada..

hilang percaya hilang cinta..
hilang cinta hilang setia..

masih berdiri kerana cinta..
kukuh pasak kerana percaya..
rindu perlu sentiasa ada..
kerana Allah kita berjumpa..



*pic sekadar hiasan..



p/s:: sentiasa berdoa moga ada penghujung yang terbaek buat kita.. :)

Sunday, July 17, 2011

nukilan: DAN BILA IA DATANG SEMULA..

assalamualaikum..

DAN BILA IA DATANG SEMULA

dan bila ia datang semula.. aku kaget..
aku benci bila perlu menangis dan menagis..

masa silam itu payah..
masa silam itu susah..

tapi kerna dulu, aku manusia..
tapi kerna lama, aku tahu apa itu bahagia..

cinta ini bukan mudah..
cinta adalah cinta...
penuh derita penuh sengsara..
kerna sering dan terus menerus di duga rasa..

cinta ini bukan mudah..
perlu d jaga perlu di baja
kerna hilang rasa cinta
saatnya itu kecewa akan terasa..

aku sayang dia..
aku kasih dia..
aku cinta dia..





p/s:: bila ia mmg kembali semula..

Sunday, June 26, 2011

nukilan: BIARKAN AKU PERGI..

assalamualaikum..

slot2 nukilan jelah yer.. lagi mudah untuk menyampaikan ape yang dirase.. :)
kenape camni? click SINI

jom amek mood::


BIARKAN AKU PERGI..

detak waktu kedengaran..
detik waktu berlalu..
aku hanya mahu berdiam..
bukan hanya pada dia dan dia..
tapi pada semua..

rentak kita berbeza..
hala kita tak pernah sama..
dari awal hingga semasa..
aku hanya kelu tak mengerti apa..

perlu untuk aku berundur..
kerna keadaan yang tak memihak kita..
perlu untuk aku pergi..
kerna segalanya mungkin akan kembali sunyi..

sunyi itu cara aku..
diam itu gaya aku..
kerna hanya tiba masa dan waktu baru perlu suara sebatu..



p/s:: ini mungkin perlu..:)

Wednesday, June 22, 2011

nukilan: MANUSIA YANG BUKAN BODOH..

assalamualaikum..


manusia yang bukan bodoh adalah manusia yang tahu apa yang dilaku
manusia yang bukan bodoh adalah manusia yang sedar apa kesan pekara yang bakal berlaku

manusia mampu berkata apa sahaja kerana dia hanya melihat melalui mata kasar mereka..
manusia mampu menyatakan apa yang dia rasa, kerana itu pendapat peribadi masing-masing..
namun..
manusia yang bijak dalam menjaga adab dan susila sesama manusia adalah manusia yang berfikir untuk berkata dan berfikir dalam bertindak..




p/s::terasa hati dengan orang yang tak pernah cuba untuk mengerti..terima kasih.. :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...