Wednesday, February 15, 2012

ANAK DARA KELUAQ SAMPAI TENGAH MALAM

assalamualaikum...


"tak kenal maka tak cinta, bila dah bersama baru tahu baik buruk nya.."

amacam pembuka bicara malam ini, asyik bukan? hahaha..

takde kaitan pun dengan ape yg nak di bentangkan sebentar lagi di bawah nie ha.. :)


semalam.. 14 febuari 2012..

me! my sis! n my beloved cousin amylia! hangout all out before masingmasing start study balik..

me to Terengganu mula..
Amylia tengah tnggu SPM result
n my sis, si Kak Ngah tu plak going to Australia 18aribulan nie..

so makanya kitaorg pun meng'karoke'kan diri dan berjalanjalan dan makan!

dah lama plan nak kuar genggeng anak dara nie sebenarnya, tapi tak berkesempatan..
so di kesempatan yang tinggal sikittt je lagi tuh, kitaorang pun menunaikan janji..


-nyanyinynyi-

pastu p shopping jap..

pastu baru p MAKAN!! yeah, sampai kul 11 lebih menunggu ha..




tapi bila makanan sampai.. HEAVEN!
da lama ngidam ha..

at last kul 12 lebih baru balik.. hahaha..
maap la orangorang yang menunggu yer..
terleka ketika di luar.. :)


yang terakhir haruslah ada muka sendiri.. peace yaw!


p.s :: ape pun yg disuratkan, ada hikmah d hujung jalan.. (dan pastinya, lebih bahagia kini..)

Sunday, February 12, 2012

Saturday, February 11, 2012

JEMPUT LA KUTUK..

assalamualaikum..


mai mai mai..
kutuk mai!

ce langut ataih tuh, HEADER BARU!

yup.. baru je wat..

seiring dengan tahun baru walaupun dah nak tengah bulan 2 dah..
sekemajuan dengan sem baru yang bakal bermula..
seperedaran dengan usia yang makin bertambah..

dengan kerajinan yang tinggal seciput after majlis tadi, maka sempat la mempublish header baru dan pic baru ( ce tengok kat belah kanan tuh.. todiaa!)

komen untuk diri sendiri >>

simple.. tapi puas hati.. melambangkan diri sekarang..mungkin jugak nampak lebih matang..dan yang penting, SILA JANGAN CAKAP MUKA CHEQ NIE MACAM NAJWA LATIF LAGI YER..

Friday, February 10, 2012

JANGAN MARAH PADA TUHANMU!

assalamualaikum..


jangan marah pada tuhanmu..

kelukaan, kesedihan, kesakitan adalah segalanya dari Allah..
Dia juga ada penawarnya..

bergantunglah pada Dia
mengadulah pada Dia
segalanya akan kembali baik,
malah lebih baik dari sebelumnya..

mungkin kelekaan kita sebenarnya dah membawa hati hanyut,
dan Allah beri dugaan..
kerana selalunya dugaan itu membawa kita kembali dekat padanya..

Allah sayangkan hambanya..
tak memberi peluang untuk kita hanyut terus..
Alhamdulillah..






mood:: :-)

Thursday, February 9, 2012

SHORT POST [ KENDURI ]

assalamualaikum...


lepas tiga hari berturut2 kenduri kat kampung,
ari sabtu nie kenduri kat rumah plak..

aishhh..letihnyer..tapi alhamdulillah.. semuanya bejalan lancar..

moga di permudahkan untuk hari sabtu nie plak..

:-)

mood:: alhamdulillah.. hapie.. :)

Saturday, February 4, 2012

KENANGAN ZAMAN MATRIK

assalamualaikum..



kenangan lama..
tibetibe jadi teringat plak..terus selongkar-selongkar ape yg ade dlm kotakkotak lama..

jangan tak thu, dulu ceq pernah jadi orang pahang jap.. (sampai hri ini boleh nyanyi lagu negeri pahang ooo..)

ZAMAN MATRIK

sape yang pernah g matrik tuh, sila lah mengimbaugimbau kenangan masingmasing..
seronokkan??

untung sape jadi pdt (program dua tahun), sebab lagi lame kat matrik..
namanama rumate masih segar dalam otak nie..classmate rumate yg rapat2 pun still ingat ha.. rindu korang semua..PATIN,EMA,AIN,FARHA,ADIK,KAKAK,ILYA,SHYDA,WAN,HUSNA,MIZAH... ramai lagi lah.. semue2 pun rindu gila..

terjmpe pic lamelame nie..
pic yang memberi semangat suatu ketika dulu..


pic kat atas nie, pic time pst ade, pdt pun ade..
kenangan dah semue nie..(cinta lama pun ade lah! ouupsss..hahaha)-skarang dah takde apeape dah yer..sila jgn salah paham..





nie plak gambargambar notanota kecik yg di tinggalkan before matrik berakhir..dari rumaterumate tersayang.. dan nota semangat tuk 4flat n fly! damn! janji tinggal janji! hantu tu sorang jugak yg fly!



dan ini pic saya time doludolu..ceq rse ceq thu kenape orang cakap ceq dah makin kecik sekarang..ruperupenye dulu besaqq..(hahaha..baru sedar diri..)



hahaha.. rindunya zaman nie..
ini bukanlah satu zaman yang senang di lalui..
macammacam dugaan dan kesakitan yang dirasakan..
tapi kawankawan tetap antara yang terbaik pernah muncul dalam hidup..
i miss u all..

rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..KUANTAN.. (auch! tetap ade kesakitan di situ..)
hehehe..

LEPASKAN SEGALANYA KINI

assalamualaikum..



dah lama kiranya tangan tidak menaip untuk tatapan bersama..

alhamdulillah, segalanya selesai kini..

hati, minda, jiwa sudah bersih..

dan dengan doa dan mohon doa, ketenangan mampu di gapai..

dengan lafaz bismillahirohmanirrahim...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

yang mengetahui apa dan akan terjadi..

dengan mengharapkan segalanya lebih baik dari yang sebelumnya..

dan dengan keredaannya..

aku lepaskan kau pergi..
(sepertimanaygengkaumahu)

tulus dari hati...

Friday, January 27, 2012

LARI MENGEJAR MIMPI

assalamualaikum..



aku akan lari sepantas angin untuk mengejar cita-citaku..

aku akan lari sekuat hati untuk menghabiskan lagi 2 sem dengan menatap bukubuku..

aku akan lari lagi 6bulan dengan mengabdikan diri di tempat latihan industri..

hanya itu fokus ku kini!
aku mahu berlari! aku tak mahu berhenti dan tunduk dengan perasaan lagi!

kau, aku akan tinggalkan dengan kenangan..
aku, aku akan hidup dengan kenangan..



aku tak kan berputus asa..
katakata itu janji..

aku akan berlari dan berlari dan terus berlari..
mengejar satu matlamat
mengejar mimpi itu...
Allah.. bantu aku..

Thursday, January 26, 2012

hari ini, esok dan nanti..





ALLAH + ALQURAN + HARAPAN..



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 25, 2012

TERIMA KASIH CIK ANON

assalamualaikum..


kepada cik anon, sy tahu kamu membaca..
terima kasih yang tak terhingga..
kata-kata saudari sangat membantu sy..

terima kasih sangat3..
tiada apa yang sy mampu balas hanya iringan doa buat kamu dan keluarga..
semoga kamu sekeluarga sentiasa dalam limpah rahmat kurniaan Allah..
terima kasih sangat2..

T_T

Tuesday, January 24, 2012

LELAKI CANTIK DAN PEREMPUAN YANG GAGAH

assalamualaikum..

pinjam katakata seseorang yang aku tidak tahu siapa penulisnya..
tapi isinya, amat berguna..
buat hati yang berduka lara..

dari page LELAKI SOLEH IDAMAN WANITA SOLEHAH

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

-M.O-
[maaf la, aku tak boley nak link la mukabuku ke sini..haish.. blogger.com mula berdengki..]

p/s:: aku sedang berusaha untuk memperkukuhkan imanku.. aku bukan aku yang dulu.. doaku, moga kesakitan ini membuat kamu juga kembali pada Allah yg satu..

BANTULAH MEREKA, SAUDARAKU YANG MAMPU... (T_T)

assalamualaikum...

sedang asyik melayan kesedihan, terbaca aku tentang kisah kesedihan mereka ini...
aku masih mampu senyum dengan keluargaku, sahabat-sahabatku dan ramai lagi yang sayang padaku..

ya Allah, aku bersyukur padamu..hidupku lengkap walaupun dugaan menjengah..
aku senang, walaupun kadangkala di landa musibah..

dan mereka ini susah..
bantulah mereka kepada sesiapa yang mampu..


[gambar seorang budak yang telah di kaburkan] - maaf aku tak dpt upload gambarnya, blogger.com buat hal nampaknya..


Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971

La Tahzan

HANYA SOAL HATI SAJA..

assalamualaikum..


damn! demam pulok!! haishhh..
kuat dalam, tak kuat luar pulak..aduiii..dugaan betul..

wajah mampu tersenyum..
tapi hati didalam tetap mambina bata2 untuk membentuk senyuman..(plaster merata tempat rupanya..)

menulis nie kelegaan bukan?
kepada yang tak suka, maafkan hamba..
kepada yang mcam suka tp kadang2 tak suka jugak.. punnnn maafkan hamba..
sehari dua nie mungkin hanya bercerita soal hati yang sedang belajar untuk menerima kehilangan..

sies punya entry, iAllah nanti.. kalo ade pandangan yang boleh di kongsikan..

Monday, January 23, 2012

hahahahahahahhahahhahaahaa

assalamualaikum..........

HAHAHHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHAA....

mood::gila!

BIAR MATI DARI HILANG

aku tak suka hilang apa yang aku sayang
aku kan menagis dan sentiasa kenang apa yang aku paling sayang
tak mudah aku mengantikan apa sahaja yang aku sayang
kerana aku manusia konservatif yang tidak sukakan perubahan
jangan berkata apa tentang hilang
sebab aku akan usahakan sekuatkuatnya untuk tidak kehilangan..


situasi:: hampir hilang terus..Allah, berikan aku kekuatan untuk bertahan

MAAF..

saya pergi dulu ye wak...

Sunday, January 22, 2012

BILA APE YANG DI KATA TAK SAMA DENGAN APA YANG ADA DIHATI SEBENARNYA..

assalamualaikum...


panjangkan tajuk hari ini..

mungkin tak ramai pun yang membaca blog buruk nie..
tapi kalau ada yang terbaca, terima kasih tak terhingga..

blog nie hanya untuk luahan rasa peribadi..
akan mesti ada katakata yang kalian para pembaca tak boleh terima,
mungkin sedikit melampau dan kononnya berpurapura,
tapi ketahuilah bahawa ianya dari hati..

ceq sentiasa ingin hidup dalam keadaan rasa yang sangat bahagia..
keinginan insan di dunia bukan?
mungkin penyakit suka membaca novel membuatkan kadang2 terbawabawa di alam nyata..
kadangkadang berharap kesakitan akan dibalas dengan kebahgiaan yang melampaulampau..
(pengemar novel pasti memahaminya bukan?)

dan hari ini, ceq telah katakan sesuatu.. sesuatu yang ceq tak maksudkan..
dengan harapan berharap akan ada sinar terang selepasnya..
tapi ceq silap percaturan..
rupanya ceq akan hanya rasa mendung dan hujan yang tak berkesudahan..

kalau anda di tempat ceq apa rasa anda?
menyesal?
atau rasa sangat bodoh?

kenapa perlu berkata sesuatu yang bukan kehendak hati?
kenapa mahu menguji?

di sini salah ceq hari ini..
ada hati di bawa lari..

tak mengapalah, pekara sudah pun terjadi..
ceq akan menunggu sinarannya..

jika ada.. pasti akan tetap bersinar.. Allah sayangkan umatnya yang sabar bukan?

DIAM TANDA SETUJU KAN?

assalamualaikum..

nukilan :: misspatahati @ mihat


dia diam..
dia sunyi..
maksudnya, dia setuju bukan?

hurm..
have to face it with strong mind and heart..

telajak kata tak mampu nak berpatah semula kan?

hadapi dengan senyuman
senyuman yang ada tangisan..




p/s:: thousand years..cristina perry

Saturday, January 21, 2012

KERANA MENULIS

assalamualaikum..


erm..blog problem.. while using chrome, tak ley upload pic la..

so layan perkataan perkataan nie tanpa pic lah yer..


nukilan :: misspatahati @ mihat


aku menulis kerana kecewa
aku menulis kerana hampa
aku menulis kerana sedih
aku menulis kerana tak ingin menangis

aku menulis kerana gembira
aku menulis kerana bahagia
aku menulis kerana ceria
aku menulis kerana cinta

menulis itu luahan rasa
apa jua yang ada diminda
persepsi manusia tidak pernah sama
maka ada ketika bunyinya menjentik rasa

ada ketika bukan cerita kita
tapi cerita dia dia dan dia
dan aku menulis dari hati untuk mereka

aku lega kini kerana tinta masih menari
aku lega kini kerana jejari masih berlari
membuka cerita dihati
buat menghilang segala gundah dihati..

AKU PEJAM MATA

assalamualaikum..


nukilan:: misspatahati@mihat


aku pejam mata
teringat satu kisah
dia dan aku bermula

aku pejam mata
mengadap Allah
dia juga sama
di tempat yang berbeza

aku pejam mata
berdoa dan terus berdoa
agar cinta ini dibawa ke syurga
menjadi halal di dunia
menjadi bidadari peneman disana

aku pejam mata lagi
berharap masa berhenti
kerana mahukan rasa tetap sama
sehingga tibanya waktu itu
cincin tersarung di jari



Friday, January 20, 2012

TENTANG RASA..

assalamualaikum..

senyuman di luar tak sama dengan rasa di dalam..







mood:: biar bintang malam menjadi saksi bertapa kenangan terkesan di hati lalu menutup kecerahan sinaran bulan...

Monday, January 9, 2012

VIDEO SEDAP NIH ~~~ perghhhhh ~~~

assalamualaikum...


pening la kepala time2 exam month nie ha..(zaman sekolah dulu, exam week je kut..) huhu..
so dalam keserabutan otak nie,
meh nak share ape yg boleh di buat untuk tenangkan hati sambil ringanringankan kepala nie ha...
(nie ape yg ceq buat la.. saje jer nak share ngan andaanda semua..)
layan oo~~

andaanda semua boleh layan videovideo nie..


Ustaz Don Daniyal
-slang bahasa = bahasa utara..
-suara die merdu sangat.. memang syahdu sangat kalo dengar die bace Al-Quran..
-cara die menyampaikan nasihat dan ceramah die, memang padat ah.. terang! jelas! dan nyata!..

- video d bawah nie tentang ANAK ASSET KE SYURGA ATAU KE NERAKA?? ..(sangat mendalam nasihat yang di sampaikan.. harapnya kita mampu untuk jadi seorang anak yang lebih baik untuk kedua ibu bapa kita selepas ini..)



ape perasaan anda??
moga ada perubahan dalam diri kita semua..


nie lagi seorang ustaz yang best untuk di layan..


Ustaz Azhar Idrus


- slang bahasa = bahasa terengganu plop..
- setiap perkataan penuh nasihat dan ilmu dalam masa yang sama wat kita tak kering gusi..sedap giler..
- cara dia untuk menarik orangorang muda tuk dengar ceramah ilmu dia, sangatlah berkesan..bukti?? lebih 70 000 org lebih manusia yang membanjiri Dataran Shah Alam pada malam tahun baru 2012 barubaru nie termasukkan orangorang muda ha...ramai kuttt...

jom layan video KEMPEN ANTI ZINA AMBANG TAHUN BARU 2012 nie plak..
sori la tak ley nak upload plop..
tgok kat youtube jelah ea.. click kat tajuk video atas nie ea..


dah tengok?
amacam? penat gelak? bestkan? ilmu d sampaikan dengan menarik.. tak la buhsan...


jika dulu ustaz nie kata,
dia hidup dalam kegelapan namun mampu mncari sinarNya sekarang..
maka,
harap diriku jua begitu..
harap zaman kejahilan pantas berlalu untuk memberi ruang kepada sinarMu menerangi hidupku..
InsyaAllah..



inilah saja perkongsian pada kali ini..
dalam mencari sesuatu yang mampu wat otak kita relex sket dalam waktu kita berhempas pulas menghafal formula n theory yang berjelajela tuk exam nie..
jom kita beri sikit makanan pada roh kita yang dah kering nie ha..

:)

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN !!
dan
SELAMAT SEGALAGALANYA.. :)



Thursday, January 5, 2012

GROW APART

assalamualaikum..

=)



tentang masa. tentang tempoh. tentang jarak. tentang kisah. tentang kita

Saturday, December 31, 2011

penutup kisah1:: DI ATAS SATU CINTA

assalamualaikum..

penutup kisah 2011..

Di Atas Satu Cinta

jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta


subhanallah.. aku mencintainya
subhanallah.. aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku


Tuesday, December 27, 2011

HAPIE BESDAY DIBA CUN!

Assalamualaikum..


d sebabkan ade belog maka haruslah wat special entri semperna besday gurl cik DEQNA CANKISSS..
kek 2 tingkat nie untuk ko ea..:)

haruslah berkata comel pada si gadis nie..


eh! ucapan::

SEMOGA PANJANG UMOR DAN DIMURAHKAN REZEKI, MOGA CEPAT JUMPA GARFU( salah tulis da tadi.. maaf kepada yg dah perasan tentang kesilapan tersebut..) YANG BEKENAN DI HATI N MOGA BERJAYA DALAM HIDUP..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 22 yer... sempat la merase umur 22 sebelum beranjak ke angka 23 next year..hehehe...

luv u gurl.. :)

Sunday, December 25, 2011

MASA YANG PERLU DITINGGALKAN


assalamualaikum..


seronok mejadi muda mudi..
leka menjadi muda remaja..
hanyut dengan dunia aku..

aku lupa selangkah lagi usia akan berganjak..
meninggalkan alam yang aku tak ingin buang..

terlalu banyak kelekaan dunia..
terlalu banyak juga luka cinta..

masa beranjak..
usia bertambah..
diri perlu berubah..

kata dia:: masa terus berlalu bukan? Tingalkan usia semalam, anjakkan minda perlu dilakukan, kita bukan semalam lagi..bersedialah hari ini untuk esok.. perlu berubah..


hati kecil aku takut untuk berubah..
takut mahu membuat keputusan, dan salah..
takut untuk berdepan dengan risiko, dan rebah..
takut untuk berdepan dengan masalah..

terlalu rumit untuk menjadi dewasa..


tapi itu tetap satu fasa, yang tetap aku perlu rentasinya dalam menjadi manusia..
itu fitrah..



nukilan
misspatahati

Saturday, December 24, 2011

BILA KEKASIH ITULAH SAHABAT

assalamualaikum...



sometime he never feel that he actually my bestfriend..

he never realize that he the one who i'm looking for..

bile die hilang, die tak thu ape yang berlaku pada diri ini..

hilang satu tempat mengadu..

hilang satu tempat bercerita..

hilang segala rasa..

dan..

hilang cinta..

dan hari ini aku mahu dia tahu..

dia juga sebenarnya adalah kekasihku dan sahabatku..






p/s:: harap jelapang padi mampu beri ketenangan yg di cari..

Friday, December 23, 2011

PERLU BERUBAH!

assalamualaikum...


alamakk... kan dah kat kedah..

sepatutnya tinggalkan semua apa yg dah berlaku kat terengganu tuh..

jom musahabah diri di bumi JELAPANG PADI..

mencari kekuatan, apa yang dah lari..

mencari sinaran, dalam gelap dinihari..

jom berubah... :)

air mata lagi..

assalamualaikum...

jika bersama tetap mengundang air mata..

let's we think about it again...









p/s:: otak makin serabut plak..

Tuesday, December 20, 2011

YANG MANA SATUKAH KESUDAHANNYA??

assalamualaikum..


sambilsambil makan rambutan dan pisang, sambilsambil siapkan note chapter 5, 6, 7 n 8 for subject Cargo Operation, sambilsambil la blogwalking..

dalam duk berbelog walking nie, nampak la macammacam cerita tentang cinta..
cinta lagi??

i memang jiwang keh.. so shut your mouth if u don't like it! click je pangkah kat atas tuh kalo tak nak bace..(wahhh.. kejam bunyikk..)

berbalik pada TAJUK entri :: YANG MANA SATUKAH KESUDAHANNYA??

manusia macam-macam hari ni..

ada yang kawan bertahuntahun, tup2 kawen terus.. tak sempat bercintacintun.. redah jee..

ada plak yang kapel bertahuntahun, last2 end up dengan kawen dengan orang lain..

ada plak yang kejap cintancinton kejap putusmutus pastu cintancinton balik pastu putusmutus balik pastu kawen je terus... hahhaa..

ada plak yang tak cinta, tak putus, tak kapel, kesimpulannyer takde angin takde ribut, terus tunang n kawen jer..

macammacam..

semua melalui perbagai episod cinta dalam hidup.. tapi kita tak tahu yang mana satu keputusannya..

tapi segala cerita pengakhirannya, kita harap takde pun yang akan menyakitkan hati sesiapa..

kita merancang.. tuhan yang menentukan..






p/s:: mengharapkan satu keajaiban dalam hubungan ini.. :)

Sunday, December 18, 2011

NEVER LOSE ME..

assalamualaikum..





kenape never lose me? because, i'am TAURUS..
heee.. :)


credit to :: http://zahiradzul.blogspot.com/ (nape tak ley link ek? aiyarkk..

Saturday, December 17, 2011

HILANGKAN JIWA KACAU!!

assalamualaikum..


jiwa kacau??!!

what to do??..
lagilagi time dekatdekat nak final nie.. haishh!..(yg tak final pun boley bace jugak.. takde masalah..:)

1. BERSERAH


mean bukan bodohbodoh jer nak beserah gitu ha.. fikir ape yang telah d usahakan.. tapi kalau tetap berserabut, move on jer! jangan fikir lebiblebih.. nanti duk menagis jer lebih.. huishh...


2. CALL YOUR PARENT

untungla kalau dapat parent yang cukup memahami... yang kita boleh cerita ape perasaan kita macam citer kat membermember..(alhamdulillah..mama n bapak sangat membantu)..
luahkan ape yang terbuku tuh..mintak pandangan mereka(dieorg lagi awal makan garam dari kita kan..)

3. MOTIVASI DIRI SENDIRI


bukan senang nak motivasi diri nie, tapi itulah yang perlu di lakukan.. tell your self, yang diri anda mampu hadapinya.. kekuatan diri berpusat dari dalam diri.. setiap manusia tak sempurna, kesilapan adalah lumrah..kalau dah bersalah, akuinya dan minta kemaafan.. if dosent work, tak pelah.. nak buat macam mane.. sekurangkurangnya kamu dah mengakuinya..dat da best way to be brave n learn to tabah..

4. SIBUKKAN DIRI


kalau dah dekat exam tuh, memang lah perlu sibukkan diri dengan buku.. go to pantai n baling batu (sangat bekesan kan BALQIS n KEMEY kan?..) kemudian just sibukkan diri dengan buku, assngment, bersukan dengan kawan2 tersayang, lepaklepak dan enjoy da life..kesimpulannya buat la ape yang dipanggil SIBUKKAN DIRI..

5. SOLAT, DOA dan AL-QURAN


kepada muslim, inilah yang paling utama, kalau call parent yang jauh nunnn pun, mesti dieorg akan pesan banyakkan doa, solat n baca Al-Quran..disinilah punca ketenangan.. kalau aktiviti lain hanya boleh hilangkan rasa kehilangan tuh sekejap jer.. tapi doa, Al-Quran dan solat akan memberikan kita ketenangan abadi.. musibah dan kesakitan yang diberikan sebenarnya adalah peluang yang Dia berikan untuk mendekatkan kita dengan Dia.. untuk kita sentiasa ingatkan Dia.. agar tak lalai dan alpa dengan dunia..wallahualam.. :)


so kesimpulannya::

kesakitan ini Dia yang beri..
kekusutan ini Dia juga yang berikan..
maka, jadilah insan yang dia kasihi..
ambil peluang untuk jadi manusia yang lebih baik..
ambil peluang untuk muhasabah diri..

belajar untuk lebih kuat..
belajar untuk menerima sesuatu yang bukan takdir kita..
dan belajar untuk lebih sayangkan diri sendiri...

DENGAN MEREKA MENGELUARKAN PELUH..

assalamualaikum..


sakit dan menyakitkan,
ape yang belaku kini,
hanya berserah pada takdir..
katalah apa sahaja..
aku hanya akan mula ubati luka..
bukan mengimbau dan berfikir dengan apa yang telah terjadi..
biar tersimpan kemas dalam lipatan kesakitan..

auchhh! bermadah pula... hahaha...
sudahlah.. let it go bebeh!


16122011

as usual, rugi jadi student kalo tak mencoba apa sahaja..
maka,
join SUKAN lah..

semalam bersama geng2 TEKNOLOGI MARITIM.. kitaorg join SUKAN MUHIBAH..
dsebabkan tak dapat men badminton minggu sebelumnya kerana ada class,
maka all outlah semalam..

all out d GELANGGANG BOLA TAMPAR plak..
n some of them layan STREET SOOCER..(yg nie menang.. 2nd place tp kalah 1mata jep.. rugi2..)

rugi la takde bola jaring..
bola baling..
kalo tak semue tuh, mesti join punye..
reti ke tak ker, hentam aje..
hahahha..

main bukan untuk menang pun..
sekadar memberi saingan..
nak mengeluarkan peluh di badan..
dari dulu sampai sekarang.. tekno gurl memang begitu..

lelaki pun same naik jer..
kalo tak bepersatuan, pasti aktif bersukan..

play for fun!..

to all my friend!
i love u all..
kamu semua kekuatanku..
kamu semua kejayaanku..

Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

HATI YANG BAEK JER DAH CUKUP.. ke tak??

assalamualaikum...

boyz out there:: ape rahsie nye sentiase ade orang yang ambil tahu..??

girl here:: tak perlu cantik untuk jadi tumpuan, tak perlu berpotongan untuk jadi siulan, cukuplah HATI YANG BAEK sebagai sandaran...



p/s:: jadi budak baik dah la.. even ramai yang membenci tapi akan ada yang sangat menghargai dan menyayangi..

Monday, December 12, 2011

MANUSIA-MANUSIA...APELAH NAK JADI...

assalamualaikum...

manusia-manusia..
apelah nak jadi..
nampak yang pelik aje..
yang NORMAL tuh takde plak nak tengok..



p/s:: kalau memilih untuk menjadi manusia yang d kenali, kene belajar untuk kebalkan hati..


Saturday, December 10, 2011

PLEASE DON'T

assalamualaikum..


bala2...
bala ape lagi nie..

jauhkan lah aku dari segala yang bakal mengundang kesakitan dan air mataku lagi..

aku belum bersedia untuk apaapa..

PLEASE DON'T...

PLEASE DON'T HOPE ANYTHING..

I'M NOT READY FOR EVERYTHING..




p/s:: cuba memberi peluang untuk hati kembali bermotivasi..kerna manusia sekeliling tak tahu ape yg hati rasa dan mahu..

Wednesday, December 7, 2011

NUKILAN DARI HATI.. jangan jadi seperti aku..

assalamualaikum...


sedikit demi sedikit..
mase makin beranjak..
hati makin tenang..

"pelindungku" pernah berkata..
memang segalanya mengambil masa..
tapi jika dia mampu kehilanganku satu masa dulu..
mengapa aku tidak mampu kehilangan orang yang pernah aku sangat sayang kini..
hal yang sama.. pekara yang sama..

mungkin segala yang berlaku hikmahnya sama seperti dia kehilangan aku dulu..
mungkin.. siapa tahu..

terima kasih kepada sesiapa yang menjadi sahabat kini..
yang sentiasa membuat hati berbunga..

untuk jatuh cinta lagi, sama sekali tidak..
aku telah mencuba perbagai cara..
bersahabat dan bercinta..musnah..
kenal dan terus memberi ruang kepada cinta.. kini juga musnah..
rasanya yang tinggal cuma
kawin dan bercinta..
mungkin untuk kali terakhir, ini yang akan berlaku..

siapa aja yang betul2 ingin menjadikan aku isteri.. aku akan setia sampai mati..
itu janjiku dulu kini dan sampai mati..
tak pernah sekali aku mungkiri..

manusia mampu berkata apa sahaja yang dia rasa..
tapi tak kan mampu membaca hati..
kalau sudah hilang percaya dengan katakata lama..
aku tak mampu kata apaapa..
bagiku yang lama tetap akan jadi seperti apa yang telah jadi..
yang baru akan berusaha untuk tidak akan jadi seperti dulu..
dan yang lama tak kan kembali menjadi baru!

Allah ada untuk melihat..
Syaitan ada untuk menghasut..
aku terima qado dan qadarnya..

nukilan dari hati..

jangan terlalu kasih padaku
kerna sekarang aku sangat sakit menanggung bencimu padaku..


TERCABAR!

Assalamualaikum..


bila kita rasa tercabar dengan apa yang kita tak lakukan.. i thinks... we need to do it!
baru puas hati kan??..

soooooooooo...

jom terus bergerak ke hadapan!!

majulah paen untuk UMT! hahaha..

progrm..program..program...


Tuesday, December 6, 2011

BILA DIA BERKATA PUTUS..

assalamualaikum..

mood arini sangatlah okey..

kenapa? sebab memang tak tahu nak kata apa-apa lagi..

dah habis mencuba tapi ini keputusannya..

layannn~~~

tipu kalo kata tak sayang..
tipu kalo kata segalanya redha..

biarlah..
kalo dah tak nak, nak wat macam mane lagi...

satu pengajaran untuk kali ini ::

jangan mencintai orang lain lebih dari diri sendiri sebab, bila ini terjadi
jiwa langsung kosong.. _habih hormonku tunggang langgang_


Monday, December 5, 2011

PASRAH tuh... layannn~~~

BILA DIRI RASA TERLALU BANYAK MENGALAH..
AKU HANYA MAMPU BERSERAH..

YA ALLAH..
KAU TAHU SEKUAT MANA HAMBAMU INI..
ENGKAU TAHU SEJAUH MANA KESABARAN HAMBAMU INI..
ENGKAU TAHU APA YANG ENGKAU LAKUKAN..

AKU PASRAH..

biarlah dia fikir apa yang dia mahu, sesungguhnya aku tak sangka ini yg akan berlaku..
jika kepercayaan bukan lagi menjadi nadi, habis musnah bersepai hati..

aku insan yg lemah..


##p/s:: aku bukan orang yang baek.. tp mencuba menjadi lebih adil buat hati dan diri sendiri..

Sunday, December 4, 2011

nak kawen ngan ex u??

assalamualaikum..

katakata arini..


si gadis:: U NAK KAWEN DENGAN EX U??
si jejaka:: TAK DE MASALAH!!

si gadis:: U NAK TAK KAWEN DENGAN I ??
si jejaka:: INSYAALLAH, KALO ADE JODOH...

makanya, U nak kawen ngan sape nih? hahaha..

macammacam rentak dan gaya manusia sekarang nih..

kesimpulannya single is btter sampai time orang masuk meminang..

sbb ape sampai meminang? sebab, kalo dah tunang, sape pun tak boleh kacau..

akhir kalam, fikirfikirkanlah..

:)


Monday, November 28, 2011

CINTA BUKAN UNTUK DI MILIKI?? hmmm...

assalamualaikum...


tibatiba terkenangkan lagu DADALI
ape tajuknyer..
ermmm..
DISAAT AKU MENCINTAIMU...
(mls nak upload vedio coz nnti lambat.. nyahahaha.. so, google sndirik ea..)

mungkin bukan untuk sapesape,
tapi untuk diri sendiri, ker untuk diri ini?? ermmm..
cam lagu ni wat diri sendiri rase bersalah jer..
terase la plak..
hahahahhaa..(perasannnnnnnnnnnn)


cerite seterusnya takde kenemengena dengan hidup dan mati sesiapapun.. :P

well...
ada ketikanya bercinta bukan untuk memiliki rite?
so mungkin ada cintacinta yang perlu untuk dilepaskan..



untunglah kalo first love dah sampai je jinjang pelamin n akhir hayat..
tapi susah nak dapatkan yg tu..
sebab nak jmpa yang satu tuh, bukan mudah..
sayang memang la sayang..
tapi lebih baik meninggalkan sesuatu untuk kebaikkan kalo kita tahu segalanya akan lebih baik bila kita meninggalkan dia..



tinggalkan aku jika itu lebih baik buat aku dan kamu..
lepaskan aku andai dengan wujudnya aku hanya akan merosakkan cinta suci..
landaskan cinta kita pada pegangan yg satu..
cintai aku kerana Allah..

perghhhhh...
kadangkadang bile berfikir dengan iman yang setipis bawang nie pun, menjadi jugak yer ayat2 kat ats nie..
ade lagi kesedaran nampaknye nie, alhamdulillah..


apeapepun, ini muhasabah diri buat hati..
hati sendiri ker?? tettttttttt... hehehee..
tadi kate takde kene mengena.. huhuhu..

dah la..
as a conclusion,

tanamlah rasa cinta kerna Allah.. dan dengan takdir Allah juga cinta akan bersatu..
dengan yang mana satu? Allah jua yang tahu...












p/s:: untuk adik MassiZ yg suh update blog... nah! akak dah update da pun.. hehehe.. :)

Saturday, November 26, 2011

~~SERUAN BERIBU2 LANGKAH KE PANTAI TOK JEMBAL~~

assalamualaikum...

26112011
pagi

mule2 nak jogging tapi last2 berjalan jer dari umah sampai ke Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu..
sambut seruan jalan berjuta2 langkah..(yelah tuuu.. hahaha..)

walawehhh..walawehhh...
best! da lame tak jalanjalan sambil menghirup udara segar.. huhuhu..
nasib tak hujan arini..

cakap banyak pun tak gune, bukan ramai pun nak bace..
jom tengok gambo..


pengembaraan bermula....
depan umah lagi..



dalam pejalanan- lalu denai nih.. walaweh2..


akhirnya sampai lah ke Pantai Tok Jembal..
kuatnya angin menampar tubuh
bertiup kencang membuka kembali memori satu persatu..
di situ segalanya bermula..
detik pertama..
CINTA..



berbeza dah pantai dulu n pantai kini..
ombak dah makan pantai..
ish3..
kuat giler angin.. abes tumbang sume pokok2.. dasyat!

abes musnah.. OMBAK MENGGANAS!


alangalang dah smpai pantai tu..makanyaaaa...
singgah sebentar men kat taman..
sambil amek gambo kenangan banyok3... :)








nah pic tebalik!! tebalikkan laptop untuk efek yg lebih baek dan jelas...hahahhaa!!



p/s:: da lame tak jalan2 rmai2 gini.. suke.. love u all!!

Tuesday, November 22, 2011

takdetajuk!


jika ada satu tempat di dunia yang boleh membuatkan hati tenang...
AKU INGIN KE SITU!!

Monday, November 21, 2011

PEKARA LAMA

assalamualaikum...

nukilan:: PEKARA LAMA

menjauh.. itu lebih baek bagi kita kerna kita adalah sahabat..
menjauh.. itu lebih baek bagi kita kerna kita hanya teman biasa..

jika dekat, ada hati akan terluka..
jika dekat, ada jiwa akan merana..
jika rapat, hati kita yang terluka dan merana..

kisah..kini hanya sejarah
memori..matikan dalam sanubari
kenangan..abdikan dalam hati

semasa..menjadi lebih baek untuk masa depan..
semasa..menjadi lebih untuk insan dihadapan..
semasa..lebih bahagia dengan keadaan sekarang..
semasa..membuat kita tenggelam dengan masa silam..


p/s:: rindu...

Sunday, November 13, 2011

JEJAK SURABAYA

assalamualaikum..


Alamak!! nak letak pic, tapi tak ley uplod plak.. nntilah..

best ke tak?? TERBAEKK!!

SATU :: sambutan memang best.. alhamdulillah, kitaorg mendapat lebih dari apa yg diharapkan..

DUA :: program lancar walaupun tak sempat shoping banyak..

TIGA :: relationship between others, semakin baek n bertambah baek.. :) alhamdulillah.. takde ape yg d gadohkan lg.. 1st day, dah kamceng dah.. :P

shopping??
adoiiii la.. memang tak sempat shoping..
ape yg sempat sebat aje.. rugi nyer g jauh2 tak sempat beli ape2..

hah! sempat pilih baju kat ibu orang laen, mama sendiri lupa plak tak beli baju..
adoila.., mama akak beli telekung ja.. okey la tu kannn?? heee..

banyak lagi nak citer nie.. nak menulis untuk kenagan.. tp kena pegi kelas dulu.. nntilah smbung..

check it out!!

Monday, November 7, 2011

bye MALAYSIA, hi SURABAYA

assalamualaikum...


GOING TO SURABAYA INDONESIA..

byebye Malaysia...

semoga segala jerih perih, penat lelah, bertukus lumus yg telah dilalui sepanjang perlaksanaan program ini memberikan hasil yang memuaskan hati setiap individu2 yang terlibat..
dan semoga segala perancangan program yang telah disusun dapat di laksanakan dengan lancar d sana..

dan,
semoga perjalanan kami selama seminggu di sana sentiasa diredai, dan di bawah lindungan Allah..


to all my team members!
-ant,yat,qis,ana,farra,paan,abgsyed,marvel,young,lionel,keri
-lionel,anis,din,zuki,am,bubutoto,hafizuddin
-linda,fazik
-hilmi,faezwan

GOOD LUCK!

SEGALANYA BERTAMBAH BAEK.. alhamdulillah..

Assalamualaikum...


alhamdulillah.. mungkin berkat hari yang mulia ini, segalanya menjadi lebih baek..
semoga tiada lagi persengketaan, tiada lagi duka dalam perhubungan..tiada lagi sebarang kesakitan..


senyum..senyum..senyum..senyum..senyum...

Saturday, November 5, 2011

TAK GUNA JADI CANTIK KALAU PEMALAS..

assalamualaikum...



vs





AMARAN!!
-nasib ah sape terase.. malas nak layan..


nie bukan entry sebab cemburu.. ini jugak bukan entry geram sebab kena wat semue keje kat si cantik..

cume entry nak bagi ingatan kat semue wanitawanita terutamanya..TAK GUNA JADI CANTIK KALAU PEMALAS dek non oii..

biaselah tuh kalo kadangkadang nak bermalasan.. sebab letih dengan asngment n kejekeje yang ada.. tapi agakagak r kan..

tak kan semue baju org nak tolong basuhkan, tlg sidaikan.. tak kan lantai nak biar tak bersapu berminggu-minggu? orang sapu lantai paling kurang sehari sekali tahu tak? kalo nak suh pegang mop.. harapan lah.. nak suh cuci tandas lagi hampeh..

masak? memang bagus lah sebab pandai memasak tapi kalo pas masak, semue nak orang kemas, jadahnyer.. tnggalkan dapur berminyak, meja bersepah... haishhh...
payah la gini orang cantik uiii..
kalo kemas pun, kemas tak abesss...haishhh..
esok dah jadi bini orang.. mentakbir rumah sendiri, baru sedar agaknya..

teringat dulu katakata mama time kecikkecik.. "sekarang benci bila mama beletiaq itu dan ini..simpan itu tak abeh, simpan ini tak sttel,buat nie malas, buat nie tak mau, wat kena bebai ja.. esokesok bila dah besaq, bila kena batang hidung sendiri memang rasa la geram nya macam mana"...

fine mama.. akak dah rasa dah.. memang dulu akak tak sedar.. sekarang semue dah sedar..
di kelilingi perempuan cantik yang perbagai ragam..
memang sabar jelah kalo ada yang pemalas nak mati tu ha..

to lelaki:: bertuah sangat kalo kamu jmpe yang cantik dan rajin..pd yang jumpa pmpuan cantik tapi malas, nasib badan lah nanti ha..


btul lah kata mama tuh..
TAK GUNA JADI CANTIK KALO PEMALAS!






p/s:: mintak d jauhkan dari sifat malas melampau.. sebab TAK GUNA JADI CANTIK KALO MALAS!
p/s/s:: ramai jer yg cantik dan tak pemalas sebenarnya.. :)
p/s/s/s:: post ingatan buat semua wanita dan diri sendiri jugak.. :)

PERINDU SEPI

assalamualaikum..

nukilan..

aku si perindu sepi..
diam membisu maksudku kelu

bukan hujan jadi sebab
bukan malam membawa musabab..

suara bukan penyelesaian..
ku tahu kerna ku berada pada tempat yang sama sentiasa..
tak pernah berubah..

bulan tetap diam memberi sinar indah pada dunia..
mentari tetap senyap memberi sinar buat bulan mencipta keindahan pada maya..
tapi segalanya tetap diam..
sepi..
sunyi..

Thursday, November 3, 2011

KESINAMBUNGAN KECERIAAN SAYA.. :)

assalamualaikum...

AMARAN!!
-sila jangan cemburu yer..-

penah bace entry nie??
KELIK SINI
nie kesinambungan keceriaan nyer...

da siapppppp!!



nie after pakai..
so,boley jadi baju raya haji...



p/s:: love u ma..lebih sket dari si die tuh :) jadi sngat cntik bila dah siap jd baju..

COMELNYE LAHHH...

assalamualaikum...


tibetibe terjatuh cinta...

comel kan??

rase2 ape la yg dirayukan oleh si comel nie??

EH, KITA BUKAN BUDAKBUDAK LAGI KAN?.. HMMmm

Assalamualaikum..

(entry yg buhsan bagi yang tak bekenaan..)

dah lame rasenyer tak betulbetul menulis belog haa..
sebelumsebelum nie, nukilan suara hati je an..
tibe2 terdetik d dasar hati untuk menulis something...

cerita tentang orang dewasa..(aiceh! dewasa la sangat kann..)

gaduh tu lumrah!
tak gaduh, tak sah! bukan kehidupan yang benarbenar kehidupan..(pndangan peribadi sahajee..)
tapi ketika maaf dihulurkan, dan hanya jelingan yang diterima.. kadangkadang jeling pun tak sudi.. itu SANGAT BUDAKBUDAK!

kalo benar berfikir bahawa diri tu dah dewasa, masa di ambil untuk tenangkan diri n kemudian penyelesaian di cari bersama..


Rasullullah SAW bersabda :

"Tidak halal seorang muslim bermusuhan (bertengkar) dengan sesama muslim lebih dari 3 malam, maka sesiapa yang bermusuhan lebih dari tiga malam, ia mati, maka ia masuk neraka"

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)

Nabi SAW bersabda:

"Tidal halal bagi seorang muslim memusuhi sesama muslim lebih dari 3 hari, kerana kedua orang yang saling bermusuhan itu beerti keduanya telah berpaling daripada hak selama bermusuhan. Dan yang lebih dahulu berdamai beerti tertebus dosanya dan jika ia memberi salam tetapi tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh malaikat, sedang yang tidak menjawab diliputi oleh syaitan. Dan jika keduanya mati sedang dalam permusuhan itu maka keduanya tidak dapat masuk syurga selamanya"

(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda:

"Amal perbuatan hamba dinaikkan pada tiap isnin dan Khamis, maka Allah mengampunkan pada hari itu tiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali orang yang masih bersengketa antara dia dan saudaranya, maka diperintahkan kepada malaikat: 'Biarkanlah mereka berdua ini sehingga keduanya berdamai' "

okeyy..... (kita bagi peluang lagi..)
kalo kate memerlukan masa yang lama,
fine..
tapi kita tak kan boley lari dari masalah tuh selamalamanya..
mesti cari penyelesaian n memberi penjelasan..

mungkin bagi sesetengah org, tak payah kawan langsunglah!
itu jalan terbaek n termudah..
tapi
ketahuilah yang kowang tak kan mampu hidup dengan rase yg tenang..

jujur lah..
nie post tuk someone yg dah terluka hatinya mungkin..
sampai tak mampu lagi nak menyahut sekalipun d panggil..

" saya tak sempurna.. sejak kita start kawan sampai sekarang.. sy tak pernah sempurna..dan kamu pun tahu tentang ketidak sempurnaan sy..n semua pun tahu...

mungkin kita terpaksa berubah mengikut masa, tapi perubahan itu biarlah perubahan yang terbaek untuk kedua-duanya..

buanglah ego kamu, fikirkan yang sepatutnya..

saya, sahabat kamu.. sentiasa menerima kamu walau apa pun yang berlaku..

saya sahabat kamu.. sentiasa meminta maaf atas apa pun kesalahan yang berlaku..

saya sahabat kamu.. sentiasa mendoakan yang terbaek untuk kamu..

seperti mana sy.. sy berharap kamu juga akan mendoakan sy sebegitu..

jadilah kawan seperti biasa..
jadilah sahabat susah dan senang bersama..

kerna kita pernah bersahabat n tetap bersahabat dunia dan akhirat...

:''(

:''(

Tuesday, November 1, 2011

TAK MAHU HILANG LAGI..

assalamualaikum...

tinta nukilan...



aku hilang dia ketika minda remaja dan terlalu mentah dengan dunia ini ..

aku hilang dia kerna jauh menuju citacita harapan kami..

aku hilang dia ketika cinta mula bertapak dihati..

aku hilang dia ketika segalanya nampak pasti..

kini aku ada dia yang mengasihi dengan sepenuh hati, menyanyangi dan sentiasa memberi tanpa mengira erti..

harap aku rusuk kiri yang dia cari..
kerna aku tak mahu rasa perih derita kehilangan lagi..
sakitnya hanya Dia Maha Mengetahui..
tapi sejarah dulu Dia juga memberi..
untuk membiarkan aku teguh melangkah meredah bumi..

kini aku makin berpasak di bumi Ilahi..
makin dewasa bersama waktu dan meniti hati..
dan tak mungkin kini, aku berpaling lagi..
setiap detik dan waktu..
aku dan doaku..
permudahkanlah untuk kami..

:')










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...